10+ Kebaikan Saffron Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

September 8, 2022, Nourah Azman

Saffron banyak digunakan dalam masakan, diminum sebagai teh dan juga penambah rasa dalam hidangan. Malah ia juga berkhasiat. Namun tahukah anda kebaikan saffron untuk kesihatan?

Takkanlah sekadar makan dan minum sahaja tanpa ingin tahu kebaikannya, kan? Jom tambah ilmu tentang kebaikan saffron.

Apakah itu Saffron?

Sama seperti jintan putih, bunga cengkih dan kulit kayu manis, saffron berada di dalam golongan rempah ratus. Rempah Saffron ini banyak digunakan untuk masakan Timur Tengah dan Asia Tengah.

Saffron dihasilkan daripada stigma bunga yang bernama Crocus Sativus.

Bunga ini banyak tumbuh di sekitar Asia Tengah dan ditanam sejak ribuan tahun dahulu.

Selain daripada rempah penyedap masakan, Saffron juga digunakan dalam perubatan dan sebagai bahan pewarna.

Cara mendapatkannya tidak mudah.

Stigma bunga Crocus Sativus perlu dikeringkan sebelum dipasarkan.

Saffron dikatakan lebih mahal daripada emas kerana proses menuainya yang rumit. Malah sejarah di sebalik Saffron juga sangat istimewa.

Harga Saffron Tulen boleh mencecah RM40,000 sekilogram dan 150 kuntum bunga diperlukan untuk mendapatkan 1 gram Saffron!

Tidak hairanglah Saffron lebih mahal daripada emas.

Tahukah anda? Alexander The Great menggunakan Saffron untuk menyembuhkan luka perang. Manakala Cleopatra pula dikatakan mandi dengan Saffron dan susu untuk khasiatnya.

Ingin tahu kebaikan Saffron sehingga menjadi kegunaan dua nama besar ini sebagai remedi?

Teruskan membaca.

Kandungan Nutrisi Saffron

Makronutrien di dalam 100g Saffron

  • Kalori: 310kcal
  • Karbohidrat: 65.37g
  • Protein: 11.43g
  • Lemak: 5.85g
  • Serat: 3.9g

Mikronutrien di dalam 100g Saffron

  • Vitamin A: 530IU
  • Vitamin B2 (Riboflavin): 0.267mg
  • Vitamin B3 (Niasin): 1.46mg
  • Vitamin B6 (Piridoksin):1.01mg
  • Vitamin B12 (Asid Folik): 9.3g
  • Vitamin C: 80.8mg
  • Natrium: 145mg
  • Kalium: 1724mg
  • Kalsium: 111mg
  • Kuprum: 0.328mg
  • Zat Besi: 11.1mg
  • Magnesium: 264mg
  • Mangan: 28.48mg
  • Fosforus : 252mg
  • Selenium: 5.6g
  • Zink: 1.09mg

10+  Kebaikan Saffron Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

  • Antioksidan Dari Saffron

Saffron mengandungi pelbagai kandungan kompaun tumbuhan. Kompaun-kompaun ini termasuklah antioksidan. Molekul antioksidan boleh melindungi sel anda daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif.

Antioksidan dari Saffron termasuk:

  • crocin
  • crocetin
  • safranal
  • kaempferol

Crocin dan crocetin adalah pigmen yang menjadikan saffron itu merah. Kedua-dua kompaun ini mungkin mempunyai ciri-ciri ubat antidepressant dan melindungi sel otak daripada kerosakan. Selain itu, kompaun ini juga memberikan kelegaan kepada mereka yang ambil cakna tahap inflamasi di dalam diet mereka.

Selain itu, Saffron juga mengurangkan selera makan dan membantu mengawal berat badan.

Kompaun safranal pula ada pada kelopak bunga Saffron. Ia dikaitkan dengan pelbagai fungsi kebaikan pada tubuh. Kebaikan yang disebut adalah ia anti inflamasi, ciri-ciri anti kanser dan anti depressant.

 

  • Mengawal Tekanan Perasaan

Saffron juga boleh meningkatkan mood dan mengurangkan simptom kemurungan. 

Di dalam 5 kajian luar negara, makanan tambahan Saffron boleh merawat simptom kemurungan yang biasa (mild to moderate depression).

Pengambilan 30 mg Saffron sehari memberikan kesan yang sama seperti Fluoxetine, Imipramine, dan Citalopram (ubat kemurungan).

Apa yang menjadikan Saffron lebih unik daripada ubat kemurungan ini adalah, ia tidak memberikan kesan sampingan yang teruk seperti ubat kemurungan yang lain.

Tidak dinafikan Saffron sememangnya boleh membantu pesakit yang mempunyai tekanan perasaan tetapi penggunaannya Saffron tidak boleh dijadikan sebagai ubat utama untuk merawat kemurungan dan mengawal emosi. 

 

  • Melindungi Diri Dari Kanser

Kandungan antioksidan di dalam Saffron sangat tinggi. Tidak hairanlah ia dapat meneutralkan radikal bebas yang dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser.

Kajian daripada tabung uji telah menunjukkan Saffron dan kompaunnya yang kaya dengan antioksidan dapat membunuh kanser kolon atau membantutkan tumbesarannya tetapi tidak memberi mudarat kepada sel yang baik dan sihat yang lain.

Kesan positif daripada kajian tabung uji ini juga sama pada kulit, tulang sum-sum, prostate, paru-paru, buah dada, serviks dan sel kanser yang lain.

Namun harus diingatkan lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan keberkesanannya pada manusia. Setakat ini, hanya kajian tabung uji yang memberikan impak yang positif.

 

  • Membantu Sindrom Sebelum Kedatangan Haid

Selalu pening kepala sakit pada bahagian perut dan mood yang tidak stabil sebelum haid? Itulah yang dinamakan premenstrual syndrome (PMS). 

Selain simptom yang disebutkan diatas, sesetengah wanita juga mengalami keletihan, selera makan bertambah, lebih sensitif dan stress yang melampau.

Simptom-simptom ini dikatakan dapat dikawal dengan Saffron.

Untuk wanita dari kalangan umur 20-45 tahun, pengambilan 30mg Saffron boleh membantu meredakan simptom PMS seperti sensitif, pening, selera makan dan kesakitan yang lain.

Bukan hanya dimakan, Saffron yang dihidu juga dapat membantu para wanita melegakan PMS!

Aroma Saffron yang dihidu selama 20 minit membantu menenangkan fikiran dan merendahkan tekanan hormon cortisol.

 

  • Mengawal Selera Makan dan Berat Badan

Saffron dapat mengurangkan berat badan dengan mengawal selera makan. Jika anda selalu ‘mengunyah’ atau perlukan snek setiap hari, Saffron boleh membantu anda.

Caranya mudah, dengan mengawal selera makan anda dan membuat anda kenyang.

Di dalam satu kajian berdurasi 8 minggu, wanita yang mengambil suplemen Saffron dapat mengawal selera makan dan tabiat ‘snacking’ berkurangan.

Disebabkan ini, berat badan wanita ini juga menurun.

Di dalam kajian yang lain, pengambilan Saffron dapat membantu mengurangkan selera makan, membantu BMI, mengurangkan ukur lilit pinggang dan mengurangkan berat lemak.

Tetapi para saintis masih tidak dapat pastikan cara sebenar Saffron mengurangkan berat badan. Salah satu teori adalah, kandungan Saffron meningkatkan mood dan dapat mengurangkan habit seseorang untuk binge eating.

 

  • Bertindak sebagai Afrodisiak

Afrodisiak adalah makanan yang boleh meningkatkan nafsu. Kajian telah menunjukkan Saffron mungkin mempunyai ciri-ciri afrodisiak.

Jadi fungsi 2 in 1 Saffron sebagai afrodisiak adalah juga mengurangkan risiko kemandulan.

 

  • Merendahkan Risiko Sakit Jantung

Simptom-simptom sakit jantung seperti saluran darah yang tersumbat atau penyempitan pembuluh darah di jantung dapat dikurangkan dengan pengambilan Saffron.

Haiwan uji kaji dan tabung uji menunjukkan kandungan antioksidan dapat mengurangkan kolestrol dan menghalang arteri dan pembuluh dari tersumbat.

Malah kandungan flavonoid di dalam Saffron dapat melindungi jantung. 

Riboflavin dan vrocetindari Saffron juga dapat merendahkan paras kolestrol. Oleh sebab itu, risiko aterosklerosis dan juga risiko serangan jantung dapat dikurangkan.

 

  • Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis berkait rapat dengan gaya hidup yang tidak sihat. 

Antara penyebabnya adalah pengambilan gula yang banyak dan juga mengambil kalori lebih banyak daripada kalori yang dibuang. Kalori ini akan diubah menjadi lemak dan disimpan di dalam badan.

Lebih banyak berat badan bertambah, badan akan menjadi kurang sensitif terhadap insulin dan paras gula akan menjadi tinggi di dalam badan.

Daripada kajian yang melibatkan haiwan, kandungan Saffron seperti ceroscin, picrocin dan safranal, dapat mengurangkan komplikasi kencing manis seperti hiperglisemia, hiperlipidemua dan tekanan oksidatif.

 

  • Baik Untuk Mata

Pigmen jingga-kuning Saffron yang dipanggil karotenoid berpotensi melindungi sel mata. 

Bagaimana?

Pigmen ini meningkatkan pengaliran darah kepada retina, melindungi retina daripada kerosakan oksidatif cahaya dan dapat meningkatkan daya penglihatan.

Selain itu komponen Saffron yang memulihkan dapat mengaktifkan mekanisme pertahanan diri dan sel-repair retina mata. Ini sekaligus melindungi mata dari kerosakan oksidatif.

  • Melindungi Diri Dari Penyakit Alzheimer & Nyanyuk

Selain daripada kebaikan yang disebut di atas, ada satu lagi Kebaikan saffron yang tidak ramai ketahu. Ia boleh membantu memperbaiki fungsi otak.

Kompaun oksidannyabagus untuk melawan radikal bebas juga memainkan peranan untuk memperbaiki fungsi kognitif dan memori pesakit yang menghidap Alzhaimer

5 Kegunaan Saffron Dalam Sejarah

  • Mandi Dengan Air Saffron: Cleopatra menggunakannya sebagai AFRODISIAK dan Alexander The Great sebagai penyembuh luka perang
  • Pigmen Saffron: Jubah daripada pigmen saffron kelihatan lebih menyerlah dan harganya yang mahal menaikkan kemewahan baju bangsawan
  • Saffron Untuk Kecantikan: Bahan anti-oksida Saffron sangat bagus untuk merawat jerawat dan membaikpulih kesihatan kulit dari bintik hitam
  • Saffron Untuk Rambut: Rawatan rambut saffron dapat membantu masalah keguguran rambut dan pertumbuhan rambut
  • Pewangi Saffron: Aroma Saffron banyak digunakan sebagai bahan pewangi dahulu dan zaman moden

Cara Untuk Mendapatkan Saffron di Pasaran

  1. Boleh dibeli di kedai jamu atau kedai ubat runcit Cina
  2. Beli Saffron di atas talian dari penjual yang dipercayai seperti Saffrani

Cara Minum Saffron Yang Betul

Di makanan atau renehan makanan.

  1. Masukkan 20-100 mg Saffron ke dalam mangkuk
  2. Masukkan ais ke dalamnya
  3. Setelah ais itu cair, air yang dicampur dengan Saffron berwarna merah itu boleh dicampur di dalam makanan
  4. Selain itu anda juga boleh mengambil beberapa mg Saffron dan masukkan terus di dalam makanan

Cara minum Teh Saffron

Selain daripada cara di atas, anda juga boleh mendapatkan khasiat Saffron dengan merenehnya seperti teh. Cara membuatnya adalah:

  1. Masukkan uncang teh ke dalam gelas dan tambahkan air panas
  2. Masukkan beberapa lembar Saffron ke dalam gelas
  3. Untuk lebih khasiat anda boleh tambah madu ke dalamnya untuk memaniskannya
  4. Tunggu sehingga 5 minit dan anda boleh menikmati teh Saffron tersebut
  5. Ataupun, anda boleh reneh terus Saffron ke dalam air panas dan nikmatinya.

Kesimpulan

Khasiat Saffron tidak dapat disangkal lagi. Lebih-lebih lagi kebaikan dan manfaatnya yang lain masih dikaji.Selain daripada membantu memulihkan kesihatan fizikal, Saffron juga dapat membantu memulihkan kesihatan mental mereka yang mengambilnya.

Jika anda ingin membeli Saffron, pastikan anda tidak ditipu. Ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk elakkan daripada membeli Saffron palsu.

Pastikan anda beli di kedai yang boleh dipercayai.

Sedikit tips; Saffron sememangnya mahal. Anda terjumpa saffron yang murah? Mungkin Saffron itu gred rendah yang cuma sesuai untuk masakan dan bukan untuk kesihatan.

Anda boleh dapatkan Saffron dari kedai yang dipercayai seperti di sini.